Pages

Thursday, October 31, 2019

Resipi Sup Tulang Daging Terbaik Dan Sedap

Resipi Sup Tulang Daging Terbaik Dan Sedap Anda Patut Cuba

https://www.thevocket.com/resipi-sup-tulang-daging-terbaik-dan-sedap-anda-patut-cuba/

Bahan-bahan membuat sup tulang:

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Halia
4. Perencah sup adabi
5. Sup bunjut
6. Rempah tumis
7. Lobak
8. Bunga Kobis
9. Saderi
10. Daun sup
11. Tomato
12. Tulang or ayam

Langkah-langkah membuat sup:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan rempah adabi dan kacaukan ia serta masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga rempah naik bau barulah masukkan air mengikut kesesuaian.
4. Kemudian, masukkan sup bunjut.
5. Masukkan tulang yang sudah siap direbus.
6. Masukkan sayur lobak, dan bunga kobis.
7. Selepas itu, masukkan tomato, batang saderi dan daun sup.

Langkah-langkah membuat sambal kicap:

1. Gorengkan cili padi, bawang putih dan belacan terlebih dahulu.
2. Tumbukkan semua bahan tersebut, kemudian masukkan kicap lemak manis.
3. Akhir sekali, perahkan limau.

Resepi Sup Daging Kaw

Resepi Sup Daging Kaw

https://www.bidadari.my/resepi-sup-daging/

Bahan-bahan :

Daging,
* 3-5 ulas bawang merah,
* 1 biji bawang Holland,
* 2-3 ulas bawang putih,
* ½ inchi halia,
(Semua bahan bertanda * diblend halus)

Perkakas kasar :

Ubi kentang,
Daun sup daun bawang,
Cili padi hiris,
(Blend sampai halus guna blender kering)

Cara-cara :

Mula-mula rebus daging atau tulang terlebih dahulu sampai empuk.
Dalam periuk lain tumis bawang yang diblend tadi.
Agak-agak jika bahan tumis sudah garing boleh masukkan perkakas kasar yang dikisar tadi.
Jika bahan sudah pecah minyak, masukkan dalam periuk berisi daging tadi.
Kemudian masukkan ubi kentang, lada hitam kisar, daun sup, bawang hiris, garam dan perasa.
Siap.

Mee Sup Daging

Bahan-Bahan

500 gm daging
2 btng serai- di titik
1/2 inci lengkuas- di hiris
3 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi
1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
minyak utk menumis
5 cawan air atau secukupnya
garam dan sedikit gula

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

Bahan Tumis

1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
2 ulas bawang merah di mayang
2 ulas bawang putih di hiris

Cara Memasak.

Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.

Bahan2 Penyediaan Mee Sup

1 bungkus mee kuning
1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
bawang goreng.

Cara Penyediaannya.

Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap

10 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili padi hijau
3 ulas bwng putih-bakar sebentar
1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya

Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

copy from http://yatiememories.blogspot.com/2011/12/mee-sup-daging.html

Mee Sup Daging

Bahan-bahan diperlukan:

Mee 500gram
Bawang Merah (1 biji). Dihiris-hiris
Bawang putih (1-2 ulas) bergatung pd saiz. Pun dihiris2
cili padi (2-3 biji). ikut la kalau nak pedas, tambah lagi. Di potong dua
Daging lembu 250gram (agak2 la). Di potong nipis2.
sayur sawi (1 bunch kecik). Dipotong2
Tomato (1 biji) . Di belah 4.
1 sd besar lada hitam. Di tumbuk halus
Minyak untuk menumis, air dan garam

Cara menyediakan dan memasak:

Panas minyak. Tumis bawang merah dulu. Agak2 dah naik bau. masukkan bwg putih dan cili api. Kacau 1-2 minit.
Masukkan daging dan kacau. Lebih kurang 3 minit masukkan ladahitam. Pastikan bubuh sikit air kat lada hitam yang ditumbuk. Kacau hingga sebati. Biarkan 2 minit then masukkan air 2 cawan.Biar die mendidih
Selepas mendidih,masukkan sedikit garam.masukkan sayur sawi dan kacau. Agak2 dalam 2 minit, masukkan mee dan kacau
Masukkan tomato dan pecahkan telur. tutup seketika. Tutup api dan hidang .....

copy from https://myresipi.com/recipes/mee-sup-daging

Welcome

Welcome to Resepi