Pages

Wednesday, November 6, 2019

Resepi Bakso Sedap

Resepi Bakso Sedap Yang Buat Anda Tak Berhenti Hirup Supnya

https://daridapur.com/resepi-bakso-sedap/


Bahan-bahan untuk bebola daging bakso

500 gram daging lembu cincang
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 senduk tepung ubi
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Air secukupnya sedikit sahaja supaya adunan sebati


Cara-cara memasak bebola daging untuk resepi bakso sedap ini :

#1: Masukan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan
menjadi halus. Pindahkan kedalam bekas lain dan tutup permukaan bekas
dengan plastik.

#2: Masukan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30minit
kemudian gentel bulat bebola daging mengikut saiz yang diperlukan.

#3: Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola daging.Rebus
menggunakan api kecil hingga bebola timbul selepas itu tutup api. Siap.


Bahan-bahan untuk resepi kuah bakso pula:

600 gram tulang lembu
6 ulas bawang putih
1 bawang merah besar
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh  lada sulah
Garam,gula dan serbuk perasa
2 Kiub daging
Air secukupnya lebih kurang 3-4 jag


Cara-cara memasak sup bakso

#1: Tumbuk halia,bawang putih,bawang merah hingga lumat. Masukkan air ,
tulang lembu, serai dan halia yang telah diketuk,kiub daging, lada hitam dan lada sulah.

#2: Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Masukkan perasa, garam dan gula
bila semua dah mendidih. Nanti memang merecik makan dengan bihun bakso
tau.


Untuk bahan sayuran dan hiasan bakso :

Kobis dipotong halus
Daun sup dan daun bawang dihiris halus
Bawang goreng


Bahan-bahan untuk sambal bakso supaya anda berpeluh tapi tak boleh
berhenti hirup bakso :

segengam cili padi merah
Segengam cili padi hijau
4-6 ulas bawang putih
Cuka makan
Serbuk Perasa
Air rebusan daging


Cara memasak sambal bakso pula:

#1: Rebus cili hijau dan cili merah untuk hilangkan rasa pijarnya.Asingkan keduadua nya.Untuk sambal merah bakso, tumbuk cili merah dan masukkan sedikit
cuka.Tambah air rebusan daging sedikit. Siap.

#2: Untuk sambal hijau, tumbuk cili hijau rebus bersama bawang putih,
masukkan cuka sedikit dan perasa,siap.Untuk kicap, boleh guna kicap pekat
jenama ABC.Baru masuk elok semuanya semangkuk bakso kan.

Dah siap semua, apa lagi, celur bihun putih , masukkan ke dalam mangkuk,
tambah bebola daging, tulang lembu bersama supnya, sambal dan kicap serta
sayuran segar dan akhir sekali, bawang goreng.

No comments:

Post a Comment